I'm a Title. Click to edit me
Ekstra lain
Matlamat kami bukan sahaja untuk menyediakan tempat tidur anda dan menghantar anda pulang, SP@Itaewon Guesthouse berharap agar dapat memberikan anda pengalaman yang tidak akan anda lupakan dan memungkinkan anda untuk datang semula.
SUASANA MALAM ITAEWON (ITAEWON NIGTS)
Kami memilih untuk membuka perkhidmatan di Itaewon atas satu sebab, KERANA KAMI SUKAKANNYA.
Terdapat kepelbagaian di kawasan ini seperti beberapa bar yang hebat, kelab yang menenangkan,serta pelbagai kelab malam yang menyediakan apa yang anda inginkan. Untuk makluman anda, terdapat kelab-kelab malam yang besar dengan iringan muzik yang kuat boleh didapati pada jalan-jalan utama disamping dipenuhi dengan pengunjung. Namun, anda akan dapati bahawa anda juga boleh mencari tempat-tempat terbaik bagi anda menikmati suasana minum yang sunyi dan dapat berborak dengan rakan-rakan pada lorong-lorong jalan berhampiran.
Suasana Malam Hongdae (Hongdae Nights)
Merupakan rumah kepada seni halus berdasarkan Universiti Hongik, kawasan ini terkenal dengan hasil kerja seni yang dipamerkan dan merupakan hasil tangan pelajar sendiri. Terletak berdekatan dengan university, ianya memberikan kesan yang kuat terutamanya dari segi populasi penduduk yang lebih muda, minuman yang lebih murah, serta beberapa kelab malam yang dibuka hingga ke pagi. Hongdae tidak akan mengecewakan anda!
Suasana Malam Gangnam (Gangnam Nights)